Ekawan.com Melancarkan Perkhidmatan Blog Percuma

Dec. 12, 2006 – Malaysia, 03 Januari 2007 – Ekawan.com portal komuniti yang paling mudah untuk berhubung dengan kawan-kawan telah mengumumkan perkhidmatan blog percuma yang membolehkan kawan-kawan dengan mudah menulis jurnal secara online dengan kawan-kawan. Blog Ekawan menawarkan kemudahan-kemudahan unik yang mudah diakses, dikemaskini dan dikongsi di dalam laman web seperti yang terdapat di dalam portal Myspace dengan Friendster.

Bermula hari ini, ahli berdaftar Ekawan di seluruh Malaysia akan mempunyai keperluan akses secara online untuk melakukan aktiviti seperti log pelancongan, jurnal dan buku simpanan digital atau menyimpan dan berkongsi minat yang sama serta pandangan dan komen.

“Blog adalah misi Ekawan dalam menghubungkan kawan di sekitar komuniti bagi menyenangkan kawan-kawan terdekat sentiasa berhubung dan berkongsi pengalaman,” kata Encik Zaid, Pengarah Urusan Ekawan. Blog Ekawan merupakan perkhidmatan blog percuma yang paling mudah digunakan di dalam web dan ini adalah matlamat Ekawan yang ingin memudahkan orang ramai menggunakan blog tersebut, iaitu dengan hanya satu klik daripada biodata Ekawan memnbolehkan ia secara langsung pergi ke blog Ekawan.

Dengan hanya satu klik daripada biodata blog Ekawan tanpa kekeliruan pengetahuan teknologi dan keperluan teknikal, ahli berdaftar boleh memasukkan gambar dan pautan ke dalam blog mereka, memberi komen dan mengkategorikan jurnal mereka. Pilihan antaramuka pengguna dan kandungan seperti warna, bingkai, jenis tulisan dan sebagainya juga disediakan. Panel kawalan juga membenarkan ahli berdaftar berkomunikasi secara tertutup dan terbuka mengikut pilihan ahli masing-masing.

Untuk menggalakkan minat yang mendalam dalam teknologi digital dan telefon bimbit berasaskan kamera digital, blog Ekawan menyokong MMS, iaitu penghantaran gambar ke dalam blog adalah mudah seperti menghantar email dan album foto. Selain itu, penambahan tajuk, sub-tajuk, tarikh, lain-lain maklumat juga disediakan.

“Ekawan amat berdedikasi dalam memberi perkhidmatan terbaik dalam perkhidmatan blog di dalam laman web Ekawan dan mengharapkan blog komuniti Ekawan akan berkembang,” kata Cik Qimie, Ketua Pegawai Eksekutif.

Tentang Kami
Ekawan.com adalah salah satu komuniti mobile yang terulung di Malaysia dan merupakan satu komuniti untuk mencari rakan, berkongsi gambar-gambar,bertukar-tukar blog, berkongsi minat, merancang aktiviti, mencari teman hidup dan memperkembangkan rangkaian teman-teman dan rakan-rakan anda melalui SMS, MMS, WAP, 3G dan juga Internet. Ekawan.com menggunakan perisian rangkaian sosial MatchLogix(c). Pelantar mobile disediakan oleh Nextnation Interactice yang merupakan antara penyedia solusi mobile Multimedia di asia tenggara yang terulung.

— End —